Jumaat, 9 November 2012

Kata Ganda

berbisik-bisik : bercakap dengan suara perlahan (gandaan separa;maksud perbuatan berbalas/saling) Contoh ayat : Mastura terjaga daripada tidur apabila terdengar suara orang berbisik-bisik di luar tingkap biliknya.

kadang-kadang : sekali-sekali (gandaan penuh; maksud berulang-ulang) Contoh ayat : Kadang-kadang ibu dan ayah bertengkar tetapi mereka tetap saling menyayangi.

Permainan Bahasa


Cadangan Permainan Bahasa ini sesuai dijadikan aktiviti untuk murid LINUS.

Permainan Bahasa 1

Nama Permainan:  Mencari abjad

Bahan: Kad-kad huruf kecil, balang
 
Objektif:  Murid-murid dapat mengenal huruf kecil.

Cara  menjalankan permainan

  1. Mencampur aduk kad-kad huruf kecil ke dalam sebuah balang.

  1. Murid dikehendaki memilih huruf kecil yang disebut oleh guru.
 
  1. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran.

  1. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula.

 
Permainan Bahasa 2

Nama Permainan:  Cari pasangan

Bahan:  Kad-kad huruf kecil

Objektif:  Murid-murid dapat menyebut huruf.

Cara menjalankan permainan: 

1.         Murid dikehendaki duduk dalam satu bulatan.

2.         Murid yang mempunyai huruf kecil a dikehendaki mencari pasangan yang memegang huruf kecil yang sama dengannya.
 
3.         Ulang aktiviti 2 dengan murid yang memegang huruf yang lain dan seterusnya.