berbisik-bisik : bercakap dengan suara perlahan (gandaan separa;maksud perbuatan berbalas/saling) Contoh ayat : Mastura terjaga daripada tidur apabila terdengar suara orang berbisik-bisik di luar tingkap biliknya.
kadang-kadang : sekali-sekali (gandaan penuh; maksud berulang-ulang) Contoh ayat : Kadang-kadang ibu dan ayah bertengkar tetapi mereka tetap saling menyayangi.
Jumaat, 9 November 2012
Permainan Bahasa
Cadangan Permainan Bahasa ini sesuai dijadikan aktiviti untuk murid LINUS.
Permainan
Bahasa 1
Nama Permainan: Mencari abjad
Bahan: Kad-kad huruf kecil, balang
Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf kecil.
Cara menjalankan permainan
- Mencampur aduk kad-kad huruf kecil ke dalam sebuah balang.
- Murid dikehendaki memilih huruf kecil yang disebut oleh guru.
- Murid yang berjaya akan diberi ganjaran.
- Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula.
Permainan
Bahasa 2
Nama Permainan: Cari pasangan
Bahan: Kad-kad huruf kecil
Objektif: Murid-murid dapat menyebut huruf.
Cara menjalankan permainan:
1.
Murid
dikehendaki duduk dalam satu bulatan.
2.
Murid
yang mempunyai huruf kecil a dikehendaki mencari pasangan yang memegang huruf kecil
yang sama dengannya.
3.
Ulang
aktiviti 2 dengan murid yang memegang huruf yang lain dan seterusnya.
Ahad, 28 Oktober 2012
Dokumen Standard
Berikut adalah Dokumen Standard Kandungan & Dokumen Standard Prestasi untuk Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1,2 & 3.
Laman Web KSSR
Laman Web KSSR
Selamat Datang
SELAMAT DATANG...
Selamat datang ke laman Blog Cikgu Mary.
Blog ini dibangunkan khas untuk pencinta ilmu di luar sana. Semoga blog ini dapat memberikan perkongsian ilmu yang berguna untuk semua.
Selamat datang ke laman Blog Cikgu Mary.
Blog ini dibangunkan khas untuk pencinta ilmu di luar sana. Semoga blog ini dapat memberikan perkongsian ilmu yang berguna untuk semua.
Langgan:
Catatan (Atom)